Keganasan Rumahtangga (Hak Anda di sisi Undang-Undang)
“Keganasan rumahtangga mempunyai maksud yang luas dan tidak terhad kepada perbuatan memukul isteri, memukul suami atau memukul ibubapa. Ia juga merangkumi perbuatan tak fizikal seperti memberikan tekanan psikologi, mengurung mangsa tanpa kerelaan mangsa, merosakkan harta, menjejaskan perniagaan dan menggelapkan wang.”