SEKATAN TERHADAP SIARAN, PENERBITAN DAN PERKONGSIAN GAMBAR DAN BUTIR-BUTIR MANGSA KANAK-KANAK
Apabila suatu kes jenayah disiasat melibatkan mangsa dan saksi kanak-kanak, adalah kesalahan jenayah untuk mana-mana pihak termasuklah media massa dan orang awam untuk menyiarkan/ mengkongsikan:
Gambar kanak-kanak tersebut, termasuklah gambar kecederaan pada badannya; dan
Mana-mana butir seperti nama panggilan yang membolehkan kanak-kanak tersebut dikenalpasti.
Dua undang-undang yang terpenting dalam perkara ini ialah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
Seksyen 15(4) Akta Kanak-Kanak 2001:
“Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”
Seksyen 14(3) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007:
“Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”
Saya menyarankan rakan-rakan pengamal media, rakan-rakan dalam agensi penguatkuasaan dan orang awam untuk prihatin isu ini.
Tidak perlulah menggunakan alasan hendak menyebarkan kesedaran atau mengetengahkan suatu isu, untuk menyiarkan gambar kecederaan pada badan kanak-kanak dan nama panggilannya kerana setiap kanak-kanak mempunyai privasi dan maruah.